Pages

16 March 2018

BERUBAHLAH ATAU "MATI" KERANA TIDAK MAHU BERUBAH

Sebab tak tengok berita so tak berapa tahu cerita dunia luar.

Tengah makan tadi sambil baca surat khabar terkejut dengan berita penutupan Toy'R' Us yang dah beroperasi lebih dari 70 tahun and mempunyai lebih dari daripada 855 cawangan seluruh dunia.

Kat US je ada lebih dari 500 cawangan. Boleh bayangkan betapa banyak pekerja yang akan dibuang kerja.

Yang orang nampak seronok la takde dah kedai-kedai toys terbuka. Tapi sebenarnya yang orang tak nampak kedai2 online yang menjual barang-barang permainan semakin bercambah.

Lebih mudah orang membeli tanpa perlu ke kedai. Dunia akan berubah termasuk dunia perniagaan. Ramai lagi yang masih fokus nak berbisnes dengan mempunyai kedai fizikal. Please jadi bijak. Ada kedai tak bermaksud perniagaan kita berjaya.

Bak kata Dato Dr Johari Abdul Ghani, "kita tak perlu ada degree master utk jadi ahli perniagaan tapi kalau ada itu bonus. Dan jadi ahli perniagaan tak semestinya semua jadi jutawan tapi yang paling penting jangan MUFLIS ATAU BANKRUP."

Ramai orang masih lagi fikir ada pekerjaan dah selamat. Ada jawatan tinggi selamat. Tapi ada yang terlupa sesiapa pun boleh hadapi benda ni. Dibuang kerja kerana company bankrup.

Bayangkan 70 tahun dah usia Toys "R" Us tapi disebabkan tak mengikut perubahan global terpaksa gulung tikar. Perniagaan online menyebabkan mereka tak dapat nak compete dengan permintaan

.

Orang yang bijak adalah orang yang berubah mengikut zaman.

Bersedia hadapi perubahan dan cabaran hidup masa hadapan. Jangan menunggu atau berasa senang dengan keadaan selesa.

---------------------------------------------
C&P dari Akmal Jootawan

Apa Anda Boleh Belajar Dari Penutupan 500 Kedai Toys"R"Us Di US?

​​​​​​
Hari ni kita dikejutkan dengan berita penutupan Toys"R"Us di Amerika. Sebanyak 500 kedai ditutup kerana gagal membawa jualan pada musim cuti ekoran pengumuman bangkrap September 2017.

Kenapa boleh berlaku sebegini?

#1 - Pesaing yang ramai.

Dengan kemunculan pesaing, pengguna kini boleh berkunjung ke banyak tempat untuk membeli mainan. Apatah lagi produk yang lebih kurang sama boleh didapati di pelbagai tempat termasuk Internet.

#2 - Internet.

Kewujudan Internet pula menyukarkan orang datang ke kedai offline Toys"R"Us kerana orang boleh terus beli di Internet dan barang terus dihantar ke rumah.

#3 - Supplier produk hanya terima cash.

Ini berikutan kegagalan Toys"R"Us membayar hutang menyebabkan supplier mainan hanya terima cash sebelum produk dihantar ke Toys"R"Us.

Apa yang boleh kita belajar dari sini?

#1 - Dunia semakin berubah.

Perubahan yang cepat akan menyukarkan apa jenis bisnes untuk bertahan (selagi tidak kalis perubahan). Walaupun brand yang besar sekalipun boleh tersungkur. Apatah lagi bisnes kecil-kecilan. Peka terhadap perubahan boleh menyelamatkan perniagaan anda.

#2 - Kena cepat berubah.

Apabila berlaku perubahan, kita kena ambil tindakan. Jadikan diri anda mudah beradaptasi terhadap perubahan. Barulah perniagaan akan sentiasa kekal di arus zaman.

#3 - Jangan degil.

Kenapa susah berubah? Degil taknak berubah/terlalu selesa. Ingatlah tiada satu bisnes yang boleh kekal di dunia yang kian berubah ini. Kena buang degil dan berubah! Atau 'mati' kerana tidak
berubah..


So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama SuperHeroMommy, ingin merasa pegang 4-5-6 angka 
boleh hubungi saya melalui whatsapp :

http://sihatkekalmuda.wasap.my



IJA JUHARI 
Whatsapp : 016-2178789
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL :-
 @byijajuhari
@saljuzari


FOLLOW FACEBOOK OFFICIAL :-
 ija juhari
wanita lebih sempurna


#BerubahDemiMasaHadapan
#JanganMenungguBadaiMelanda
#SediakanPayungSebelumHujan
#BusinessOnlineIsFutureBisnes

RAMAINYA "HAKIM" TAK BERTAULIAH KAT MALAYSIA

Assalamualaikum dan takziah kak ija ucapkan pada Puan Hasmah Masroh di atas kematian Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2 tahun. 

Membuak-buak rasa nak menulis bukan nak cerita pasa kecuaian seorang ibu. Sebab benda ni memang boleh berlaku pada sesiapa jer. Hanya orang yang rasa dia imun dengan takdir tuhan sahaja yang akan berkata dengan sombong dan berlagak yang benda tu tak akan terjadi pada dia. 

Rasa sedih, geram, marah bila baca komen-komen yang menghukum ibu "cam mana boleh tertinggal" "tulah banyak sangat pikir" "sibuk sangat dengan kerja sampai lupa anak" "sibuk sangat nak bawa anak pi kerja nak buat apa".

Oh my god!! Geramnyaaaa. Rasa nak cili mulut sesekor. seriously sakit hati, walaupun bukan kak ija kat tempat ibu tu. tapi korang tahu tak sebab-sebab mulut korang macam nilah ramai perempuan kena meroyan, ramai perempuan takut jadi janda sampai sanggup dibelasah or diseksa suami. Ramai perempuan bunuh diri dan ramai juga yang kena mental disorder. 

Ni semua sebabkan mulut masyarakat kita yang cepat sangat menghukum. Kak ija ingat orang kita dah bijak utk istighfar bebanyak. Tapi rupanya masih ramai lagi yang ada  mentaliti  sombong camni. 

Kalau nak condemn benda yang berkaitan dengan agama yang boleh menyebabkan islam dipandang buruk codemn denagn penuh ilmu. Macam kes jual tudung kat Club. Benda ni memang kita boleh condemn sebab ia adalah atas pilihan orang yang waras berfikir. 

Tapi kejadian tinggal anak dalam kereta ni bukan pilihan. Ini adalah satu benda yang kita tak boleh nak jangka. Sebab tu orang kata malang tak berbau. Yang boleh bau pastu pi buat juga tu bukan malang tu memang carik nahas. 

Kak ija nak share sikit la pasal keadaan yang kadang-kadang orang tak nampak. Buka sikit mata supaya korang boleh fikir sebelum berkata-kata. 

Bercakap melalui pengalaman sendiri. Bawa anak pi opis masa anak umur 4 bulan. Bukan sebab nak tunjuk diri ni ibu mithali tapi sebab tak nak susahkan sesiapa lepas bercerai. Terpaksa bawa anak pi kerja. Balik kerja lepas abis jalan jem sebab takut nanti anak menangis nak susu tetengah jalan. 

Orang ingat kita gila kerja sangat sampai nak balik rumah. Pikir kerja sampai sanggup berembun dengan anak.  Itu yang orang nampak. 

Yang orang tak nampak Kekadang nak bagi anak betul2 penat sampai tido jer sepanjang perjalanan. Takut dia merengek dalam keta. Pernah sekali eesa menangis dalam kereta masa maghrib kat highway. Terpaksa berhenti tepi jalan. Tenangkan eesa sampai peronda datang. Teman dengan lampu kereta sebab takut org tak nampak. 

Dari orang yang buat keputusan dengan pantas dan tak peduli sesiapa kak ija jadi orang yang penuh dengan planning. 

Sebab benda2 camni kak ija kena plan dan reschedule my journey. Siapkan susu semua and kena plan nak bawa beg camne. Orang nampak cam poyonya nak buat semua benda. 

Yang orang tak nampak diorg tak tahu kita ni nak kena pikir kalau angkat barang sekali pastu dah naik rumah nak kena turun lagi sambil bawak anak lagi. Bayangkan kalau kena turun 2 3 kali angkat barang. Sebab tak kan nak tinggalkan anak seseorang atas rumah. Kalau dia jerit sesorang pastu jadi plak isu mak abaikan anak kat rumah sebab sibuk tertinggal barang kat keta?

Bila anak tertido kak ija kena juga kejutkan dia. Bukan tak kesian tapi kekadang kita memang penat, letih,sakit pinggang nak pikul beg anak n barang serentak.  Yang orang nampak apsal tak leh je pikul anak tu. kesian kot anak tido pi kejut. Yang orang tak nampak sakitnya pinggang nak anggat semua benda serentak. kak ija kena fikir kalau kak ija sakit lagi teruk. I cannot sakit. If i sakit sapa nak jaga eesa?

Kalau membeli belah, kena juga bawa anak. Kekadang gi meeting pun kena bawa anak. Tinggalkan anak kat reception sebab dia tido. Ingat orang tak pandang ke? Masa meeting kekadang letak anak dalam sling. Do i care??

Manusia tak pernah puas. Biarkan diorg bercakap sebab tak kena batang hidung diorg sendiri. 

Masa dalam meeting terfikir2 anak bangun. Bila break cecepat pegi check. Sama juga kalau kalau nak pergi seminar atau kelas. Tinggalkan anak kat nursery yang disediakan. Nak tahu camne rasa hati?? 

Boleh ke dia jaga diri?
Tak de ke orang culik?
Kalau dia carik aku camne?

Puas ajar satu-satu. Mummy ada sini. Kalau eesa nak apa-apa mummy ada dalam bilik ni. Jangan nangis. Jangan menjerit. Jangan ikut orang tak kenal. Jangan ambil barang orang. 

Memang orang Malaysia paling banyak lulusan hakim tak bertauliah. Pantas dan tuntas dalam menghukum orang seperti dunia ni diorg yang punya. 

Bila fikir balik masa orang kata tak akan sanggup nak ikat anak even kat beg. Katanyaa.  Walhal dia pun tak kawen lagi. Dok condemn siap cakap "mak mak kita dulu jaga anak sepuluh pun tak ada ikat2, elok je anak" walhal kita ikat tu bukan sebab tak leh jaga. Tapi sebab keselamatan. Orang sekarang ni menculik sesaat je leka terus hilang. 

Nasihat kak ija pada pengondemn bertauliah, belajar untuk berfikir dan belajar utk ingat. DUNIA NI BUKAN KITA YANG PEGANG, ALLAH NAK UJI TU SEKELIP MATA PUN BOLEH. 

Sebaik mana pun kita plan, Allah adalah sebaik-baik perancang. Walaupun benda tu kita nampak buruk tapi ada hilmah di atas setiap kejadian. 

InsyaAllah

SuperHero Mummy © . Designed by MaisarahSidi.com