Pages

10 September 2017

FABULOUS AT FORTY KONON... TAK INGAT MATI KE??

Hahahaha... baca tajuk mesti rasa macam 'what the fish' ^_^...

Actually lagi 3 tahun saya akan masuk 40an. Tak lama dah. Tapi still rasa muda 😂😂😂. 

Kikiki... berkat kekangkawan selalu puji gak ni. Nak buat camne awet muda. Hahaha

So apa bestnya umur 40an ni? Sebenarnya masuk umur 40 tahun ni istimewanya sebab Allah dah bagi guide untuk teruskan kehidupan. Cara-cara kita menuju ke arah kehidupan lebih baik.

Allah dan FirmanNya :
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
(Al-Ahqaaf 46:15)

Allah dah pesan masuk umur 40 tahun kota seeloknya bertaubat. Patuh segala suruhan dan laranganNya. 

Lagi banyak umur lagi pendek usia kita sebenarnya. "Kita sibuk tiup lilin sambut hari jadi tapi lupa ajal semakin mendekati" - ija juhari

Dunia adalah jambatan untuk ke akhirat. Walau macamana sekalipun kita kena tetap seberang jambatan untuk ke akhirat. Samada kita jatuh ke dalam api neraka atau kita dapat menyeberangi dengan jayanya bergantung dengan amalan kita di dunia. 

Niat utama saya untuk jadi fabulous at forty bukan sebab nak carik suami atau nak mengorat suami orang atau nak menggatal dengan lelaki-lelaki kat luar sama. Phase mencari jodoh dah lama hilang.
Saya tahu fokus saya kat mana.

Fokus saya Syurga, family, anak dan bisnes. So memang be fabulous at forty kerkaitan dengan fokus-fokus saya. 

Being a single mother saya tak ada pilihan melainkan untuk sihat sentiasa. Kalau sakit pun saya kena bertahan. Takde orang boleh replace kerja saya. Kalau eesa sakit tak de orang boleh replace tempat saya untuk jaga eesa. So saya tak boleh sakit. 

Eesa masuk hospital 3 hari saya kena amik cuti sebab t ak de orang nak bergilir dengan saya. Takkan saya nak harapkan mak abah jaga eesa. Diorg pun dah tua. 

Nak harapkan adik beradik diorg pun ada family sendiri. Nak tak nak saya kena jaga. Cuti banyak abis sebab jaga eesa kat hospital. Saya tak boleh biarkan gaji kena potong sebab annual leave dah abis. 

Satu hari kalau potong almost RM300.. bayangkan kalau 2 3hari cuti. Terpaksa bekerja during weekend utk dapatkan replacement cuti.  

Orang tak nampak benda ni. Nampak saya ibu yang bizi tak fikirkan anak. Nak duduk jauh dari anak senang nak gi dating. Serius saya tak de masa nak dating. Nak makan pun kekadang tak sempat. Sampai kena admit kat hospital sebab low blood and gastric.

Apa yang orang nampak life saya happy because i am happy. Saya suka kerja saya. Saya sayang family saya. Saya happy dengan bisnes saya. 

Sekarang saya 37 tahun saya dah tahu fokus saya dan saya nak looking fabulous at forty sebab saya nak sihat. Cantik tu no.2. Selagi tak sihat memang tak akan cantik. Mana ada orang pucat lesi cantik. 
Kalau korang tengok saya 6 tahun lepas mesti korang tak caya rupa saya.... hahahaha

Hehehe.. tu yang sanggup join Viper Challenge walaupun tak tahu camne rupanya viper challenge tu. Ingatkan lari biasa rupanya kena panjat panjat. Tapi memang best. Sebab saya suka memanjat. 

Setakat panjat skyfolding tu biasa sangat dah. Ni pun ikut budak opis Ain memang hardcore lari-lari and hiking. Memang nak explore lagi bab lari-lari and hiking sebab nak bagi eesa minat jugak. 

Nampak macam saya ibu yang mengkontrol anak kan. Minat anak pun nak develop. Sebenarnya memang kita boleh buat anak kita suka sesuatu sebab diorg kan kain putih kita. Apa yang kita corakkan itu la yang jadi. 

Daripada saya biarkanndia jadi kutu lepak kat shopping mall baik saya  usahakan dia pergi hiking. Menghayati keindahan ciptaan Allah. 

Tapi masalah eesa ni gayat. Haahhaha.. takpe praktis makes perfect. InsyaAllah.

So.. saya pun dah dapat kawan baru masa join larian semalam. Siap dah bagitahu ade kelas2 free untuk fitness. 

Sebelum ni kalau buat aktiviti senaman sikit badan mesti sakit-sakit. Flat la orang kata. Jangan kata nak jalan. Nak bangun pun tak boleh. Alahmdulillah harini saya rasa badan ringan je. Mesti sebab amik vitamin dengan konsisten. Vitamin bukan untuk orang sakit tapi untuk mengelakkan dari sakit. 



Korang nak jadi cantik mesti kena sihat. Macam saya selalu kata. Kita tak akan pilih sayur yang layu sebab kita rasa sayur tu tak sedap.. padahal hanya sebab rupanya yang berkedut dan lebam dia nampak tak sedap padahal rasanya mungkin sama. 

Sama juga dengan kita orang yang umur 30an tapi badan tak jaga akan cepat letih, tua dan kusam. 

One thing la saya perasan semalam tak de bau busuk peluh. Hahahaha....bukan apa saya ni memang hidung deria paling sensitif. Sebab tu tak boleh la nak join aktiviti berpeluh sangat. Boleh muntah. Saya rasa semua yang join ni badan sihat takde toksin. Hehehehe ataupun sebab aktiviti dia malam.. tapi ada beza ke peluh siang dengan peluh malam?? Hahahaha



So rasa bangga juga sebab berjaya menamatkan challenge ni walaupun sampai pukul 3pagi. Sampai rumah pukul 4.30 siap solat semua baru tido. Ingat pagi ni akan cramp atau tak leh bangun. Alhamdulillah memang lain dari biasa. Badan rasa lebih ringan dan cergas.

Setiap hari memang ambil vivix sesudu kevil untik tambahan tenaga dan anti-aging. Collagen 1 sachet untuk keanjalan kulit dan rambut. Lepas breakfast amik satu biji vitamin C untuk imun sistem, 3 biji DTX untuk detox  dan 1000mg Clacium dari ostematrix. Sangat berkesan untuk pelawasan dan tulang.

Inilah rutin setiap pagi. Nanti saya share pula rutin nak jadi comel dan cantik. Hahahha...mostly orang teka saya 28 tahun atapun early 30s  but saya dah nak masuk ambang wati. 😊😊

Tak semua perempuan dilahirkan cantik saya pun juga... nak saya ceritaa??


#interiortips
#saljuzaridesign
#lifeasaninteriordesigner
#fabulousatforty
#sihatkekalmuda



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA HARAP SUDI SHARE JIKA BERMANFAAT




So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama SuperHeroMommy, ingin merasa pegang 4-5-6 angka 
boleh hubungi saya melalui whatsapp :

http://sihatkekalmuda.wasap.my


IJA JUHARI 
Whatsapp : 016-2178789
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL :-
 @greenwhite_natural
@saljuzari

FOLLOW FACEBOOK OFFICIAL :-
 ija juhari
wanita lebih sempurna


6 September 2017

CARA MENJIMATKAN MASA DAN WANG DI IKEA

Semua orang mesti ada impian nak hias rumah sendiri kan. tapi kalau takde rumah sendiri pun boleh jer hias lawa-lawa. yang penting tahu macam-mana nak buat. sebelum ni kita dah belajar bab nak renovate rumah. Kali ni kita belajar camne nak decorate bilik atau ruang yang kecil. Contohnya bilik tidur.


Kali ni kak ija bagi contoh ruang bilik eesa jela ok. Since semua orang tahu lepas adik kak ija kawen, eesa dah dapat bilik sendiri. he is so happy masa proses renovation tu. setiap kali orang datang mesti ni nak tunjuk "INI BILIK EESA" hahahah

oklah bilik eesa takdela luas mana pun, lebih kurang 12kaki x 10kaki lebih kurang. So the first thing yang kita kena buat adalah amik ukuran bilik. Amik tahu kedudukan pintu, tingkap dan ketinggian siling.

Plan bilik

Ok. Kedua kita kena tau kegunaan ruang dan siapa yang gunakan ruang ni. Macam sekarang ni kita amik contoh bilik kanan-kanan yang berusia 4 tahun. Apa yang budak sebaya ni suka dan nak buat dalam bilik? kita boleh senaraikan perabut yang perlu dengan aktiviti2 dibawah

1. tidur - katil & bedside table 
2. belajar - meja menulis
3. bermain - storage & toys compartment
4. berehat - rug dan playmat 

ok lepas kita dah tahu apa yang kita nak isi dalam bilik, kita boleh la pergi website ikea.com.my utk browsing perabut dan dapatkan size yang dah disediakan. Cara ni sangat menjimatkan masa dan juga duit. sebab kita tak akan terbeli barang yang tak perlu atau barang yang tak sesuai. 

Website ikea
Lepas korang dah browse furniture-furniture yang korang suka dan sesuai dengan ruang tu korang cuba ukur dekat bilik tu. Macam kak ija memang ada software untuk buat interior so agak senang. Kalau korang kena buat cara manual la. (unless korang nak hire kak ija buat)) heehhee. Contoh kak bawah kak ija dah pilih perabut yang kak ija nak letak dalam bilik eesa. Dan kak ija siapkan dalam bentuk 3D supaya lebih nampak. Bila kita buat visual macam kat bawah ni kita akan lebih detail dalam pemilihan aksesori.

Pandangan kiri

Pandangan Kanan
Design kat atas tu selepas beberapa kali pilih perabut yang sesuai untuk saiz bilik tu. ada berkenan katil lain tapi tak cukup ruang. Selepas abis pemilihan perabut dan penyusunan perabut kak ija terus buat budget. Budget ni korang tetapkanla.. kalau dah pilih-pilih pastu terover budget cuba buat phase by phase. bulan ni beli separuh bulan depan beli separuh.




Korang tak perlu buat macam kak ija buat ni. cukup sekadar tulis kat paper dan bawa je pegi ikea dan minta je orang ikea carikkan barang-barang tu semua. heheheh mudah. pastu bayar dan suruh diorg hantar terus ke rumah. Amacam mudah tak?

Salah satu kesilapan kita dalam membeli barang kita tak amik peduli tentang saiz ruang. Terutama perabut yang besar. Jangan silap pilih sofa dan katil, merana diri. Tapi korang tahu kan ikea memang ada polisi barang yang kita dah beli tapi kita rasa tak nak pakai boleh dipulangkan dalam masa 100hari. Simpan resit dan tagging.

So korang rasa senang ke susah nak hias bilik kecik? senang kan. 

1. Plan - ukur dan arrange furniture
2. Browse website - pilih furniture
3. Budget 
4. Shopping
5. Start decorate

#interiortips
#saljuzaridesign
#lifeasaninteriordesigner
#nakhiasbilikkecik



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA HARAP SUDI SHARE JIKA BERMANFAAT
...................................................................................................................................................................




So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama SuperHeroMommy, ingin merasa pegang 4-5-6 angka 
boleh hubungi saya melalui whatsapp :

http://sihatkekalmuda.wasap.my

IJA JUHARI 
Whatsapp : 016-2178789
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL :-
 @greenwhite_natural
@saljuzari

FOLLOW FACEBOOK OFFICIAL :-
 ija juhari
wanita lebih sempurna


Assalamualaikum. InsyaAllah Jumpa lagi next entry ! :) 













5 September 2017

TIDAK MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL

Dalam semua perkara yang kita buat sebenarnya kena ada perancangan. Boleh kata setiap benda kita nak buat tu kena bermula dengan merancang. Mungkin sesetengah orang anggap planning ni tak perlu atau tak penting, tapi sebenarnya bila kita tak merancang kita tak boleh nak target apa sebenarnya kita nak buat. berapa banyak lagi kita kena buat atau macam mana nak buat.

APA YANG PENTING SEKALI BILA NAK DESIGN RUMAH ATAU RUANG PERSENDIRIAN? 

Sebagai home owner kita mesti nak buat rumah kita syurga kita. kita nak bagi nampak cantik untuk kita tengok dan orang tengok. Kita nak rasa selesa dan tenang dalam rumah sendiri. Bila kita ada rumah sendiri semangat nak hias rumah ni lain macam sikit. hahahahah. Ok. saya nak bagi beberapa tips dan teknik nak buat design untuk rumah untuk elakkan anda membazir duit ataupun ditipu Main Con atau conman. 



1. BUDGET
Penting untuk tahu budget anda. Jangan susahkan designer atau jangan nak over the top sangat. Cakap kat designer suruh bagi design ala-ala Hilton tapi bila keluar price terus tukar jadi Homestay Pak Mat. Mudahkan designer untuk buat keje. Jangan minta BMW tapi nak harga Saga. Kita semua ada pride.. be wiser. Kalau budget tinggi cakap nak high end.. kalau budget rendah cakap nak low end. Kena dengan concept kena dengan budget.

Nak buat rumah memang kena spend


2. PLAN
Dapatkan plan layout rumah anda, biasa SNP memang ada bagi layout. kalau rumah lama maybe kena ukur sendiri kot. So perkara pertama adalah layout plan. Kena plan kat mana nak letak kerusi, kat mana nak letak katil, kat mana nak letak peti ais. Biasanya designer akan keluarkan furniture layout plan dulu. Bila client dah agree dengan kedudukan furniture dan kegunaan ruang baru designer akan keluarkan ceiling Plan, Lighting plan dan electrical plan. Ni semua adalah kos dalam package ID. Semua plan-plan ni akan digunakan sampai abis construction. 



3. PILIH KONSEP
Konsep ini kebiasanya kita dah pilih masa kita jumpa dengan client for the briefing. Client akan bagitahu apa yang diorg suka dan apa yang diorg nak. Usually diorg akan tunjukkan gamba. So korang boleh carik gamba-gamba yang membantu untuk designer visualize the concept. Tapi jangan cakap jenis-jenis concept tanpa research, kesian designer. Kekadang client cakap nak balinese.. tapi bila dah buat rupanya dia nak traditional melayu je. Seeloknya bawak la magazine atau gamba yang boleh clearkan apa yang korang nak.

Contoh konsep : Industrial


4. PILIH SCHEME COLOUR
Lepas dah pilih konsep, plan dah siap designer akan start carik colour palette. this stage actually cover untuk semua. kaler dinding, kaler furniture, kaler langsir, kaler karpet. wallpaper. supaya rumah kita ada nice tone ambience. ini memang keje designer.. sebab tu kalau kita pergi tengok Showunit rumah2 tu semua ada scheme colour yang monochrome atau balanced. and kalau kita pergi rumah2 orang yang takde ID kita akan nampak keserabutan gaya dan warna. THIS IS IMPORTANT



5. PILIH FURNITURE 
Pilihan furniture bergantung kepada concept keseluruhan. Sebab itulah pentingnya planning dari awal. Antara kesilapan client dalam proses decorating house adalah membeli furniture lebih awal. ini adalah salah. sebab kita tak tahu penggunaan ruang dan saiz ruang. boleh jadi furniture yang dibeli terlalu besar atau terlalu kecil untuk sesebuah ruang. Jangan excited tengok kedai furniture terus beli. IMPORTANT NOTE



6. DESIGN 
Bahagian design ini adalah part untuk designer hasilkan visual 3D. bahagian ini akan menunjukkan ruang atau design sebenar secara 2D. Biasanya designer hanya akan keluarkan beberapa view yang penting sahaja. cthnya ruang tamu, dapur dan master bedroom. Sekiranya telah berpuas hati dengan design client akan diminta verify the works and designer boleh start claim their work.



7. CONSTRUCTION
Part ni paling tricky sekali. Jangan berkira nak amik contractor murah sebab anda akan lagi sakit hati dan sakit kepala dengan workmanship yang teruk dan buruk. Bayar lebih sikit untuk kepuasan hati. 




oklah ini antara tips yang saya share dulu. nanti insyaAllah kita boleh share lagi banyak. Lepas ni dah boleh start fikir apa nak buat kan.. Coming post kita share kesilapan-kesilapan yang owner lakukan semasa nak decorate rumah.

#interiortips
#saljuzaridesign
#lifeasaninteriordesigner
#nakhiasrumah



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA HARAP SUDI SHARE JIKA BERMANFAAT
...................................................................................................................................................................



So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama SuperHeroMommy, ingin merasa pegang 4-5-6 angka 
boleh hubungi saya melalui whatsapp :
http://sihatkekalmuda.wasap.my

IJA JUHARI 
Whatsapp : 016-2178789
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL :-
 @greenwhite_natural
@saljuzari

FOLLOW FACEBOOK OFFICIAL :-
 ija juhari
wanita lebih sempurna


Assalamualaikum. InsyaAllah Jumpa lagi next entry ! :) 







4 September 2017

ADAKAH TERCAPAI CITA-CITAKU??

Sejak dari kita tadika sampai la besar semua orang akan tanya pasal cita-cita. Ingat la masa sekolah rendah saya tulis cita-cita saya nak jadi doktor, cikgu & kerani. Kikiki

Ntah apa yang saya fikir pun tak tahu la.. bila dah start darjah 4 camtu baru sedar tak sesuai jafi doktor sebab tengok jarum pun nak pengsan apatah lagi tengok darah. Kikiki...


 Nak jadi cikgu pun tak sesuai sebab tak pandai sangat.. hahaha matematik la asyik failed je. So.. end up dengan kerani ke?? Masa dulu ingat duk dalam opis tu je namanya kerani. Hahaha tak paham konsep lagi. Almaklumla kita tak dibesarkan dengan dunia pekerjaan dari zaman sekolah.



Education system kita terlalu lemah masa dulu dan kini terlalu susah, jangan kata budak tak leh cope mak bapak budak dan cikgu sendiri pun tak terjangkau.

So masa saya 12 tahun saya tengok satu game show kat tv. Pasal interior home. Start dari situ saya develop minat dalam bidang hiasan dalaman. Seriously saya memang teringin nak hias ruang cantik-cantik.

Memang dari dulu saya suka kemas rumah, sampaikan pergi rumah orang pun rasa nak kemas macam rumah sendiri. Hahaha freak sangat. Hahaa

So masuk sekolah menengah saya tak fikir nak cemerlang dalam sylibus yang bagi saya tak penting. Saya paling suka arts. Kelas yang paling saya suka, sains, art, sejarah dan semua ni saya dapat A1.

Sampai masuk uni pun saya sanggup tolak  offer Sains Tech sebab saya nak amik Art&Design. Saya tahu ramai yang macam ingat budak amik Art takde masa depan. 😂😂😂

Tapi sebenarnya amik la apa pun kalau tak reti bawa value dalam benda yang kita belajar memang kita tak ke mana.

Alhamdulillah saya lulus dengan CGPA second upper dan syukur rezeki saya dapat peluang gi UK dan saya dapat apa yang saya nak. Dapat peluang gi tempat orang dapat belajar dan bekerja dengan multi-oriented people. Dapat  realisasikan cita-cita saya dengan bekerja di firm yang specialist dalam bidang sport stadia and healthcare.



Bayangkan masa ni saya dapat keluar masuk stadium kat UK macam VIP. Sebab involved dalam project refurbish dan design and build. Naivenya saya sikit pun tak teruja nak tangkap gamba dalam tu sebab saya tak minat bola. Hahajahaha

Betapa orang kata saya beruntung, tapi sebab saya tak nampak langsung value tu masa tu. Selalu dapat merchandise dari Liverpool, Manchester, Chelsea saya amik je pastu bagi orang.. 😂😂😂

Korang rasa best ke keje saya??

InsyaAllah nanti ada masa saya share apa perkara yang perlu buat sebelum nak start design your house or room.

#ilovemyjob
#designismypassion
#interiordesignismything



1 September 2017

LULUS TEST DENGAN CEMERLANG

Letih betul arini, dengan closingnya, dengan tolong ana kemas rumah sebab mak meetua dia nak datang. Pastu bawa bebudak gi Bukit Cerakah nak gi rumah 4 musim katanya..

Huih letih.. lepas tu COD barang Trefoil dulu.. singgah lah juga makan kek Secret Recipe yang tengah murah tu.. tapi semua abis tinggal cheese cake je.

So lepas abis jalan tu ternampak la satu booth Eucerin. Yang buat saya stop kat situ sebab nampak ade orang buat skin test kat situ.


Hahahahaha rasa excited je nak test mesin tu kat kulit. Almaklumlah kulit orang nak masuk 40 ni. So tunggu customer tu abis pastu saya cecepat la register..

Pastu tetiba dah register tu sales person dia hilang plak.. aiseehh... baru nak excited. Rupanya dia tengah layan orang lain.

Yang acu @suri cakap "agaknya dia tengok kulit muka kak ija je dia rasa tak berbaloi nak buat" hajahaha ana plak cakap "dia tengah carik ayat apa nak pusing tu" hahahhaha

Pastu dah rasa nak blah je.. sebab lama.. pastu dia datang balik...and dia pun mulakan test. Mesin tu detect 'skin texture' 'keratin' 'skin pigmentation' 'wrinkle' 'skin tone' and 'skin pores'

So far dia komen kulit saya normal bagus dan sihat. Skin tone scores 99% 😱😱😱 terbaik.. bab yang kurang bagus only wrinkles bahagian mata. A bit dry.

So dia suggest guna eye cream. Ohhh lepas ni kena beli eye cream plak. Cara nak sapu pun kena bulat2 bulat tarik... so basically dia takde komen sangat.. cuma bab mata je.. dia tak de benda lain nak suggest so dia suggest amik eye cream.. setiub 140 ringgit tahan setahun..

Memang kedut2 bawah mata tu nampak so saya nak beli juga eyecream tapi nak beli yang enfuselle punya.

Lagipun Nutriwhite and Enfuselle akan diupgrade menjadi skincare yang baru..can't wait. Daripada kayakan Eucerin baik kayakan diri sendiri dengan beli barang produk sendiri kan.



So insyaAllah akan beli Enfuselle eye cream. Harga sangat murah dan boleh tahan setahun. Best
kan 😊

So lepas buat test tu memang confirm tak akan berhenti amik vivix, collagen, vit C Vit E dan ESP. O know it helps a lot.

Tadi pi beli serum  faveret cam biasa. Hehehe dah abis kan.. tambah dengan essence Vit E sebab sekarang ni pakai Masker Vit E memang nampak beza sangat kulit moist and bouncing..



Step dia Makeup Remover Nutriwhite untuk hilangkan sel kulit mati, cleanser tuk cuci semua kotoran, masker Vit E tuk melembapkan kulit, toner tuk cuci tutup pori, serum tuk whitening and Vit E essences untuk segarkan kulit.

Now dah ready tuk tidor. So esok bangun kulit akan bouncy bouncy dan cerah berseri..😊😊😊

Ok goodnight

NOTE : 

So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama SuperMommy, 
ingin merasa pegang 4-5-6 angka boleh hubungi saya melalui whatsapp :
http://sihatkekalmuda.wasap.my

IJA JUHARI 
Whatsapp : 016-2178789
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL :-
 @greenwhite_natural
@saljuzari

FOLLOW FACEBOOK OFFICIAL :-
 @ija juhari
 
FOLLOW FACEBOOK  PAGE OFFICIAL :-
 @Wanita Lebih Sempurna
 


Assalamualaikum. InsyaAllah Jumpa lagi next entry ! :) 








SuperHero Mummy © . Designed by MaisarahSidi.com