Pages

15 July 2017

Alkisah bila 2 kali kena makan sushi harini...

Hoooo....eesa ni dia ada sejenis perangai. Hahaha.. bila time kita tanya nak gi toilet ke tak? Dia akan cakap tak.. tapi tetiba tengah sedang elok je makanan sampai kat table dia cakap dia nak terberak. Hahahah

2 kali dah kena tinggalkan food kat sushi. Nasib baik la manager sushi ni percaya muka saya ni. Dah la baru order.. tak kan la tak nak makan kan.. kalau dah makan mungkin ler ada yg buat scam menipu. Huuu makanan kot.

Pastu kalau gi tengok wayang pun sama...bila  ajak gi toilet tak nak, tetiba tengah climax movie dia cakap nak terkencing. Hahahaha stresss

😂😂😂😂

Macam tadi kes eesa, memang biasalah picky eater, dia tak makan kat open house yang ayah dia bawa.. tanya dia eesa makan tak?? Makan kata dia... oklah.. tanya lagi. Eesa nak tengok spiderman tak?? NAKKKKK!! EXCITED

Oklah beli tiket terus tengok wayang... pastu kali ni macam tak senang duduk je dia.. manjat sana sini..selalunya kalau tengok wayang dia statik. Mummy dah nak marah sebab takut tertendang kerusi orang... sebab saya mmg agak pantang la kalau orang tendang2 kusi ni. Sekali ok lagi.. kalau banyak kali mmg saya tegur je. Hahahaha...so stress gak tengok dia tak senang duduk.

Tetiba dia bisik.. "eesa lapar"... 😱😱😱😱😱 patutla tak senang duduk. Pastu memang tengah climax gak la.. pastu tanya lagi "eesa tak nak tgk spiderman ke" dia jawap nak, tapi eesa lapar... saya pun cakap kita tengok sampai abis ok tak?? Lepas ni kita gi makan... dia kawap ok

Tetiba 5 minit kemudian.."eesa nak makan sushi" 😯😯😯😯 eesa lapar... oklah mummy kalah...eesa mmg bebtul lapar la ni.. mummy tak tahu plak eesa tak makan kat sana.

Akhirnya kita orang pun keluar dari wayang tu. Dan terus ke Sushi King. As usual menu eesa tak lari dari Menu mummy.

Next time memang kena bawak bekal roti.

3 July 2017

SEMUANYA BERMULA DENGAN NIAT



Manusia menilai hasil
Allah menilai usaha

Manusia menilai jumlah
Allah menilai keikhlasan

Manusia menilai rupa
Allah menilai hati

Manusia menilai amal
Allah menilai niat

Jangan anggap sesuatu yang kecil itu tidak bermakna, kerana kita tidak tahu amalan apakah yang boleh membawa kita ke Syurga.

Saya nak jelaskan sesuatu. Sebenarnya apa yang kita buat semuanya bermula dengan niat. Niat kita tu kadang-kala hanya di mulut tapi niat di hati tu lain. Tapi niat yang sampai kat Allah tu yang penting dan takde siapa pun yang tahu. Kita sendiri pun tak tahu. Kita ujub ke, kita riak ke, kita showoff ke, kita ikhlas ke memang takde orang yang tahu sebab tu kita tak boleh judge niat orang.

Jadi penting kita niatkan semua kerana Allah, hanya Allah sahaja yang tahu niat kita. Oleh itu kita kena sentiasa bersangka baik dengan orang sebab sangka-sangka yang buruk tu memang dari syaitan.

FIRMAN ALLAH
--------------------------
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)

Niat saya menulis Lillahita'ala adalah sekadar untuk berkongsi dengan para isteri yang mengalami masalah yang sama, bersabarlah kerana sabar itu ganjarannya Syurga. Sememangnya Islam meletakkan darjat seorang wanita itu tinggi, tapi sebelum kita menghukum orang lain jahat muhasabah dengan kesilapan diri kita.

KENAPA SAYA BERSABAR?
Hanya satu sahaja sebab saya bertahan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang panas baran dan kuat cemburu. Kerana saya sayangkan dia dan juga saya juga manusia yang pernah melakukan kesilapan dan saya tahu Allah sedang menguji saya untuk melihat kesungguhan taubat saya. Saya tahu Allah sedang hapuskan dosa-dosa saya dengan ujian kepayahan bersuamikan lelaki sebegitu. Sebab saya tahu Syurga itu terlalu mahal harganya dan Allah beri satu tiket mudah untuk seorang isteri mem

ilih mana-mana pintu syurga untuk memasukinya.

Tiket syurga ni Allah bagi mudah untuk seorang isteri asalkan buat 4 perkara ni:

Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bertutur,

“إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا؛ قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ”.

“Jika seorang wanita menunaikan shalat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan menaati suaminya; niscaya akan dikatakan padanya: “Masuklah ke dalam surga dari pintu manapun yang kau mau”.
(HR. Ahmad dari Abdurrahman bin ‘Auf radhiyallahu’anhu dan dinyatakan hasan oleh Syaikh al-Albany).

#kebahagiaandalamperpisahan

2 July 2017

Rezeki Semua Rahsia Allah

Pukul 9 pagi called J, ajak dia makan korean sebab terpengaruh dengan cerita Let's Eat. hahahahah.... Walaupun hakikatnya tak suka pun makanan korea. So cerita ni berjaya buat saya keluar gi google best restaurant and makan Mr. Dakgalbi. So korang kena tengok cerita ni.. recommended tuk orang yang suka makan.. macam saya.. SUPERHEROMUMMY (SM) yang kuat makan!!

                                                            Mr.Dakgalbi Ring Cheese


So around pukul 11.02am terus keluar. Dalam kepala dah fikir minyak kena isi sebab dah 0km. hhehehe... sejak duduk dekat dengan opis ni malas sangat nak isi minyak. dulu pantang satu senggat turun je terus pi isi. Nak cerita peliknya Cyberjaya ni, kat cyber only ada Petronas 2 biji je, satu kat area Shaftbury satu lagi dekat D'Place Apartment. so kalau balik keje nak isi minyak memang kena beratur macam orang berebut nak isi minyak murah... Salah satu sebab kenapa malas nak isi minyak kat Cyber.

Kalau keluar ke KL memang akan isi kat Caltex sebelah Tabung Haji atau otw ke cyber singgah Caltex kat tepi highway elite sebelum exit subang. Suka guna Caltex sebab lebih kilometer. Sebelum ni memang saya guna Shell... tapi lepas isi Caltex kat Kuantan rasa macam lebih pick-up and lebih kilometer... lebih jimat minyak. sejak tu terus bertukar ke Caltex.

So back to my story... saya tahu ade Shell baru bukak kat Cyber area Domain, terus drive ke sana. Turun je keta, adik2 shell (AS) ni tanya:

AS  : "akak nak isi full tank ke?"
SM : "haah, ya"
AS :  "ok harini kitaorg ade buat contest, akak teka berapa full tank kereta akak nak isi ni and kalau betul akak dapat free fuel"
SM : "wow... free ke (sebab dalam kepala memang dah tahu full tank keta saya memang over 100)"
AS : "haah.. free, so akak nak masuk ke?"
SM : "oklah boleh cuba"

and dia bagi saya isi form nama, details, jenis minyak and berapa amount minyak yang saya teka... Saya letak RM113 isi 97.

So game start and diorang cover nombor kat mesin minyak tu.... so...... KLIK.... minyak stop
AS :  "akak nak tekan lagi ke, dah rasa cukup??"
SM : "ok kot"
AS : "betul tak nak tambah lagi"
SM : "ok"

diorg pun bukak la nombor kat mesin tu.... wowwww.. saya melompat.. mesin tunjuk 112.37....

AS : "wow akak close gilerrrr, tapi tak capai 113, so akak kena bayar kat dalam"
SM : "lerrrrr tak menang ke? da melompat siap.. " hahahahaahahhaa

I was short by .63 cent... So not my rezeki. Ya Allah, begitu senang je nak menang, but Allah juga yang tentukan. hehehehhehehe...

So.. minggu depan target nak pi teka lagi.. hahahahahah..
Saya dapat hadiah saguhati je, Shell Can. boleh buat tabung syiling.
heheheheh

                                                              Sikit je lagi dapat free fuel
Terima kasih Shell sebab buat game yang best ni.. hehehhe... korang kalau nak hadiah dari saya pun boleh juga...UNTUK JULY SAHAJA Tumbler Reach For the Star & Red Hot Coller Bag cantik ohhh...

Best ni boleh bawa pi Piknik or bawa bekal pi keje ke pi sekolah ke.. menarik sangat.. 😊


Tumbler Reach for the Star

Red Hot Cooler Bag



NOTE : 

So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama SuperMommy, 
ingin merasa pegang 4-5-6 angka boleh hubungi saya melalui whatsapp :
www.wasap.my/60162178789/5figureincomemommy

IJA JUHARI 
Whatsapp : 016-2178789
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL :-
 @greenwhite_natural

FOLLOW FACEBOOK OFFICIAL :-
 @ija juhari
 


Assalamualaikum. InsyaAllah Jumpa lagi next entry ! :) 







SuperHero Mummy © . Designed by MaisarahSidi.com