3 July 2017
SEMUANYA BERMULA DENGAN NIAT
Manusia menilai hasil
Allah menilai usaha
Manusia menilai jumlah
Allah menilai keikhlasan
Manusia menilai rupa
Allah menilai hati
Manusia menilai amal
Allah menilai niat
Jangan anggap sesuatu yang kecil itu tidak bermakna, kerana kita tidak tahu amalan apakah yang boleh membawa kita ke Syurga.
Saya nak jelaskan sesuatu. Sebenarnya apa yang kita buat semuanya bermula dengan niat. Niat kita tu kadang-kala hanya di mulut tapi niat di hati tu lain. Tapi niat yang sampai kat Allah tu yang penting dan takde siapa pun yang tahu. Kita sendiri pun tak tahu. Kita ujub ke, kita riak ke, kita showoff ke, kita ikhlas ke memang takde orang yang tahu sebab tu kita tak boleh judge niat orang.
Jadi penting kita niatkan semua kerana Allah, hanya Allah sahaja yang tahu niat kita. Oleh itu kita kena sentiasa bersangka baik dengan orang sebab sangka-sangka yang buruk tu memang dari syaitan.
FIRMAN ALLAH
--------------------------
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)
Niat saya menulis Lillahita'ala adalah sekadar untuk berkongsi dengan para isteri yang mengalami masalah yang sama, bersabarlah kerana sabar itu ganjarannya Syurga. Sememangnya Islam meletakkan darjat seorang wanita itu tinggi, tapi sebelum kita menghukum orang lain jahat muhasabah dengan kesilapan diri kita.
KENAPA SAYA BERSABAR?
Hanya satu sahaja sebab saya bertahan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang panas baran dan kuat cemburu. Kerana saya sayangkan dia dan juga saya juga manusia yang pernah melakukan kesilapan dan saya tahu Allah sedang menguji saya untuk melihat kesungguhan taubat saya. Saya tahu Allah sedang hapuskan dosa-dosa saya dengan ujian kepayahan bersuamikan lelaki sebegitu. Sebab saya tahu Syurga itu terlalu mahal harganya dan Allah beri satu tiket mudah untuk seorang isteri mem
ilih mana-mana pintu syurga untuk memasukinya.
Tiket syurga ni Allah bagi mudah untuk seorang isteri asalkan buat 4 perkara ni:
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bertutur,
“إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا؛ قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ”.
“Jika seorang wanita menunaikan shalat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan menaati suaminya; niscaya akan dikatakan padanya: “Masuklah ke dalam surga dari pintu manapun yang kau mau”.
(HR. Ahmad dari Abdurrahman bin ‘Auf radhiyallahu’anhu dan dinyatakan hasan oleh Syaikh al-Albany).
#kebahagiaandalamperpisahan
No comments:
Post a Comment