Pages

16 March 2018

BERUBAHLAH ATAU "MATI" KERANA TIDAK MAHU BERUBAH

Sebab tak tengok berita so tak berapa tahu cerita dunia luar.

Tengah makan tadi sambil baca surat khabar terkejut dengan berita penutupan Toy'R' Us yang dah beroperasi lebih dari 70 tahun and mempunyai lebih dari daripada 855 cawangan seluruh dunia.

Kat US je ada lebih dari 500 cawangan. Boleh bayangkan betapa banyak pekerja yang akan dibuang kerja.

Yang orang nampak seronok la takde dah kedai-kedai toys terbuka. Tapi sebenarnya yang orang tak nampak kedai2 online yang menjual barang-barang permainan semakin bercambah.

Lebih mudah orang membeli tanpa perlu ke kedai. Dunia akan berubah termasuk dunia perniagaan. Ramai lagi yang masih fokus nak berbisnes dengan mempunyai kedai fizikal. Please jadi bijak. Ada kedai tak bermaksud perniagaan kita berjaya.

Bak kata Dato Dr Johari Abdul Ghani, "kita tak perlu ada degree master utk jadi ahli perniagaan tapi kalau ada itu bonus. Dan jadi ahli perniagaan tak semestinya semua jadi jutawan tapi yang paling penting jangan MUFLIS ATAU BANKRUP."

Ramai orang masih lagi fikir ada pekerjaan dah selamat. Ada jawatan tinggi selamat. Tapi ada yang terlupa sesiapa pun boleh hadapi benda ni. Dibuang kerja kerana company bankrup.

Bayangkan 70 tahun dah usia Toys "R" Us tapi disebabkan tak mengikut perubahan global terpaksa gulung tikar. Perniagaan online menyebabkan mereka tak dapat nak compete dengan permintaan

.

Orang yang bijak adalah orang yang berubah mengikut zaman.

Bersedia hadapi perubahan dan cabaran hidup masa hadapan. Jangan menunggu atau berasa senang dengan keadaan selesa.

---------------------------------------------
C&P dari Akmal Jootawan

Apa Anda Boleh Belajar Dari Penutupan 500 Kedai Toys"R"Us Di US?

​​​​​​
Hari ni kita dikejutkan dengan berita penutupan Toys"R"Us di Amerika. Sebanyak 500 kedai ditutup kerana gagal membawa jualan pada musim cuti ekoran pengumuman bangkrap September 2017.

Kenapa boleh berlaku sebegini?

#1 - Pesaing yang ramai.

Dengan kemunculan pesaing, pengguna kini boleh berkunjung ke banyak tempat untuk membeli mainan. Apatah lagi produk yang lebih kurang sama boleh didapati di pelbagai tempat termasuk Internet.

#2 - Internet.

Kewujudan Internet pula menyukarkan orang datang ke kedai offline Toys"R"Us kerana orang boleh terus beli di Internet dan barang terus dihantar ke rumah.

#3 - Supplier produk hanya terima cash.

Ini berikutan kegagalan Toys"R"Us membayar hutang menyebabkan supplier mainan hanya terima cash sebelum produk dihantar ke Toys"R"Us.

Apa yang boleh kita belajar dari sini?

#1 - Dunia semakin berubah.

Perubahan yang cepat akan menyukarkan apa jenis bisnes untuk bertahan (selagi tidak kalis perubahan). Walaupun brand yang besar sekalipun boleh tersungkur. Apatah lagi bisnes kecil-kecilan. Peka terhadap perubahan boleh menyelamatkan perniagaan anda.

#2 - Kena cepat berubah.

Apabila berlaku perubahan, kita kena ambil tindakan. Jadikan diri anda mudah beradaptasi terhadap perubahan. Barulah perniagaan akan sentiasa kekal di arus zaman.

#3 - Jangan degil.

Kenapa susah berubah? Degil taknak berubah/terlalu selesa. Ingatlah tiada satu bisnes yang boleh kekal di dunia yang kian berubah ini. Kena buang degil dan berubah! Atau 'mati' kerana tidak
berubah..


So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama SuperHeroMommy, ingin merasa pegang 4-5-6 angka 
boleh hubungi saya melalui whatsapp :

http://sihatkekalmuda.wasap.my



IJA JUHARI 
Whatsapp : 016-2178789
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL :-
 @byijajuhari
@saljuzari


FOLLOW FACEBOOK OFFICIAL :-
 ija juhari
wanita lebih sempurna


#BerubahDemiMasaHadapan
#JanganMenungguBadaiMelanda
#SediakanPayungSebelumHujan
#BusinessOnlineIsFutureBisnes

No comments:

Post a Comment

SuperHero Mummy © . Designed by MaisarahSidi.com