Pages

5 September 2017

TIDAK MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL

Dalam semua perkara yang kita buat sebenarnya kena ada perancangan. Boleh kata setiap benda kita nak buat tu kena bermula dengan merancang. Mungkin sesetengah orang anggap planning ni tak perlu atau tak penting, tapi sebenarnya bila kita tak merancang kita tak boleh nak target apa sebenarnya kita nak buat. berapa banyak lagi kita kena buat atau macam mana nak buat.

APA YANG PENTING SEKALI BILA NAK DESIGN RUMAH ATAU RUANG PERSENDIRIAN? 

Sebagai home owner kita mesti nak buat rumah kita syurga kita. kita nak bagi nampak cantik untuk kita tengok dan orang tengok. Kita nak rasa selesa dan tenang dalam rumah sendiri. Bila kita ada rumah sendiri semangat nak hias rumah ni lain macam sikit. hahahahah. Ok. saya nak bagi beberapa tips dan teknik nak buat design untuk rumah untuk elakkan anda membazir duit ataupun ditipu Main Con atau conman. 



1. BUDGET
Penting untuk tahu budget anda. Jangan susahkan designer atau jangan nak over the top sangat. Cakap kat designer suruh bagi design ala-ala Hilton tapi bila keluar price terus tukar jadi Homestay Pak Mat. Mudahkan designer untuk buat keje. Jangan minta BMW tapi nak harga Saga. Kita semua ada pride.. be wiser. Kalau budget tinggi cakap nak high end.. kalau budget rendah cakap nak low end. Kena dengan concept kena dengan budget.

Nak buat rumah memang kena spend


2. PLAN
Dapatkan plan layout rumah anda, biasa SNP memang ada bagi layout. kalau rumah lama maybe kena ukur sendiri kot. So perkara pertama adalah layout plan. Kena plan kat mana nak letak kerusi, kat mana nak letak katil, kat mana nak letak peti ais. Biasanya designer akan keluarkan furniture layout plan dulu. Bila client dah agree dengan kedudukan furniture dan kegunaan ruang baru designer akan keluarkan ceiling Plan, Lighting plan dan electrical plan. Ni semua adalah kos dalam package ID. Semua plan-plan ni akan digunakan sampai abis construction. 



3. PILIH KONSEP
Konsep ini kebiasanya kita dah pilih masa kita jumpa dengan client for the briefing. Client akan bagitahu apa yang diorg suka dan apa yang diorg nak. Usually diorg akan tunjukkan gamba. So korang boleh carik gamba-gamba yang membantu untuk designer visualize the concept. Tapi jangan cakap jenis-jenis concept tanpa research, kesian designer. Kekadang client cakap nak balinese.. tapi bila dah buat rupanya dia nak traditional melayu je. Seeloknya bawak la magazine atau gamba yang boleh clearkan apa yang korang nak.

Contoh konsep : Industrial


4. PILIH SCHEME COLOUR
Lepas dah pilih konsep, plan dah siap designer akan start carik colour palette. this stage actually cover untuk semua. kaler dinding, kaler furniture, kaler langsir, kaler karpet. wallpaper. supaya rumah kita ada nice tone ambience. ini memang keje designer.. sebab tu kalau kita pergi tengok Showunit rumah2 tu semua ada scheme colour yang monochrome atau balanced. and kalau kita pergi rumah2 orang yang takde ID kita akan nampak keserabutan gaya dan warna. THIS IS IMPORTANT



5. PILIH FURNITURE 
Pilihan furniture bergantung kepada concept keseluruhan. Sebab itulah pentingnya planning dari awal. Antara kesilapan client dalam proses decorating house adalah membeli furniture lebih awal. ini adalah salah. sebab kita tak tahu penggunaan ruang dan saiz ruang. boleh jadi furniture yang dibeli terlalu besar atau terlalu kecil untuk sesebuah ruang. Jangan excited tengok kedai furniture terus beli. IMPORTANT NOTE



6. DESIGN 
Bahagian design ini adalah part untuk designer hasilkan visual 3D. bahagian ini akan menunjukkan ruang atau design sebenar secara 2D. Biasanya designer hanya akan keluarkan beberapa view yang penting sahaja. cthnya ruang tamu, dapur dan master bedroom. Sekiranya telah berpuas hati dengan design client akan diminta verify the works and designer boleh start claim their work.



7. CONSTRUCTION
Part ni paling tricky sekali. Jangan berkira nak amik contractor murah sebab anda akan lagi sakit hati dan sakit kepala dengan workmanship yang teruk dan buruk. Bayar lebih sikit untuk kepuasan hati. 




oklah ini antara tips yang saya share dulu. nanti insyaAllah kita boleh share lagi banyak. Lepas ni dah boleh start fikir apa nak buat kan.. Coming post kita share kesilapan-kesilapan yang owner lakukan semasa nak decorate rumah.

#interiortips
#saljuzaridesign
#lifeasaninteriordesigner
#nakhiasrumah



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA HARAP SUDI SHARE JIKA BERMANFAAT
...................................................................................................................................................................



So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama SuperHeroMommy, ingin merasa pegang 4-5-6 angka 
boleh hubungi saya melalui whatsapp :
http://sihatkekalmuda.wasap.my

IJA JUHARI 
Whatsapp : 016-2178789
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL :-
 @greenwhite_natural
@saljuzari

FOLLOW FACEBOOK OFFICIAL :-
 ija juhari
wanita lebih sempurna


Assalamualaikum. InsyaAllah Jumpa lagi next entry ! :) 







No comments:

Post a Comment

SuperHero Mummy © . Designed by MaisarahSidi.com