Pages

10 September 2017

FABULOUS AT FORTY KONON... TAK INGAT MATI KE??

Hahahaha... baca tajuk mesti rasa macam 'what the fish' ^_^...

Actually lagi 3 tahun saya akan masuk 40an. Tak lama dah. Tapi still rasa muda 😂😂😂. 

Kikiki... berkat kekangkawan selalu puji gak ni. Nak buat camne awet muda. Hahaha

So apa bestnya umur 40an ni? Sebenarnya masuk umur 40 tahun ni istimewanya sebab Allah dah bagi guide untuk teruskan kehidupan. Cara-cara kita menuju ke arah kehidupan lebih baik.

Allah dan FirmanNya :
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
(Al-Ahqaaf 46:15)

Allah dah pesan masuk umur 40 tahun kota seeloknya bertaubat. Patuh segala suruhan dan laranganNya. 

Lagi banyak umur lagi pendek usia kita sebenarnya. "Kita sibuk tiup lilin sambut hari jadi tapi lupa ajal semakin mendekati" - ija juhari

Dunia adalah jambatan untuk ke akhirat. Walau macamana sekalipun kita kena tetap seberang jambatan untuk ke akhirat. Samada kita jatuh ke dalam api neraka atau kita dapat menyeberangi dengan jayanya bergantung dengan amalan kita di dunia. 

Niat utama saya untuk jadi fabulous at forty bukan sebab nak carik suami atau nak mengorat suami orang atau nak menggatal dengan lelaki-lelaki kat luar sama. Phase mencari jodoh dah lama hilang.
Saya tahu fokus saya kat mana.

Fokus saya Syurga, family, anak dan bisnes. So memang be fabulous at forty kerkaitan dengan fokus-fokus saya. 

Being a single mother saya tak ada pilihan melainkan untuk sihat sentiasa. Kalau sakit pun saya kena bertahan. Takde orang boleh replace kerja saya. Kalau eesa sakit tak de orang boleh replace tempat saya untuk jaga eesa. So saya tak boleh sakit. 

Eesa masuk hospital 3 hari saya kena amik cuti sebab t ak de orang nak bergilir dengan saya. Takkan saya nak harapkan mak abah jaga eesa. Diorg pun dah tua. 

Nak harapkan adik beradik diorg pun ada family sendiri. Nak tak nak saya kena jaga. Cuti banyak abis sebab jaga eesa kat hospital. Saya tak boleh biarkan gaji kena potong sebab annual leave dah abis. 

Satu hari kalau potong almost RM300.. bayangkan kalau 2 3hari cuti. Terpaksa bekerja during weekend utk dapatkan replacement cuti.  

Orang tak nampak benda ni. Nampak saya ibu yang bizi tak fikirkan anak. Nak duduk jauh dari anak senang nak gi dating. Serius saya tak de masa nak dating. Nak makan pun kekadang tak sempat. Sampai kena admit kat hospital sebab low blood and gastric.

Apa yang orang nampak life saya happy because i am happy. Saya suka kerja saya. Saya sayang family saya. Saya happy dengan bisnes saya. 

Sekarang saya 37 tahun saya dah tahu fokus saya dan saya nak looking fabulous at forty sebab saya nak sihat. Cantik tu no.2. Selagi tak sihat memang tak akan cantik. Mana ada orang pucat lesi cantik. 
Kalau korang tengok saya 6 tahun lepas mesti korang tak caya rupa saya.... hahahaha

Hehehe.. tu yang sanggup join Viper Challenge walaupun tak tahu camne rupanya viper challenge tu. Ingatkan lari biasa rupanya kena panjat panjat. Tapi memang best. Sebab saya suka memanjat. 

Setakat panjat skyfolding tu biasa sangat dah. Ni pun ikut budak opis Ain memang hardcore lari-lari and hiking. Memang nak explore lagi bab lari-lari and hiking sebab nak bagi eesa minat jugak. 

Nampak macam saya ibu yang mengkontrol anak kan. Minat anak pun nak develop. Sebenarnya memang kita boleh buat anak kita suka sesuatu sebab diorg kan kain putih kita. Apa yang kita corakkan itu la yang jadi. 

Daripada saya biarkanndia jadi kutu lepak kat shopping mall baik saya  usahakan dia pergi hiking. Menghayati keindahan ciptaan Allah. 

Tapi masalah eesa ni gayat. Haahhaha.. takpe praktis makes perfect. InsyaAllah.

So.. saya pun dah dapat kawan baru masa join larian semalam. Siap dah bagitahu ade kelas2 free untuk fitness. 

Sebelum ni kalau buat aktiviti senaman sikit badan mesti sakit-sakit. Flat la orang kata. Jangan kata nak jalan. Nak bangun pun tak boleh. Alahmdulillah harini saya rasa badan ringan je. Mesti sebab amik vitamin dengan konsisten. Vitamin bukan untuk orang sakit tapi untuk mengelakkan dari sakit. 



Korang nak jadi cantik mesti kena sihat. Macam saya selalu kata. Kita tak akan pilih sayur yang layu sebab kita rasa sayur tu tak sedap.. padahal hanya sebab rupanya yang berkedut dan lebam dia nampak tak sedap padahal rasanya mungkin sama. 

Sama juga dengan kita orang yang umur 30an tapi badan tak jaga akan cepat letih, tua dan kusam. 

One thing la saya perasan semalam tak de bau busuk peluh. Hahahaha....bukan apa saya ni memang hidung deria paling sensitif. Sebab tu tak boleh la nak join aktiviti berpeluh sangat. Boleh muntah. Saya rasa semua yang join ni badan sihat takde toksin. Hehehehe ataupun sebab aktiviti dia malam.. tapi ada beza ke peluh siang dengan peluh malam?? Hahahaha



So rasa bangga juga sebab berjaya menamatkan challenge ni walaupun sampai pukul 3pagi. Sampai rumah pukul 4.30 siap solat semua baru tido. Ingat pagi ni akan cramp atau tak leh bangun. Alhamdulillah memang lain dari biasa. Badan rasa lebih ringan dan cergas.

Setiap hari memang ambil vivix sesudu kevil untik tambahan tenaga dan anti-aging. Collagen 1 sachet untuk keanjalan kulit dan rambut. Lepas breakfast amik satu biji vitamin C untuk imun sistem, 3 biji DTX untuk detox  dan 1000mg Clacium dari ostematrix. Sangat berkesan untuk pelawasan dan tulang.

Inilah rutin setiap pagi. Nanti saya share pula rutin nak jadi comel dan cantik. Hahahha...mostly orang teka saya 28 tahun atapun early 30s  but saya dah nak masuk ambang wati. 😊😊

Tak semua perempuan dilahirkan cantik saya pun juga... nak saya ceritaa??


#interiortips
#saljuzaridesign
#lifeasaninteriordesigner
#fabulousatforty
#sihatkekalmuda



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA HARAP SUDI SHARE JIKA BERMANFAAT




So for those yang berminat nak MENJANA PENDAPATAN bersama-sama SuperHeroMommy, ingin merasa pegang 4-5-6 angka 
boleh hubungi saya melalui whatsapp :

http://sihatkekalmuda.wasap.my


IJA JUHARI 
Whatsapp : 016-2178789
Your Most Wanted 
Shaklee Independent Distributor

FOLLOW INSTAGRAM OFFICIAL :-
 @greenwhite_natural
@saljuzari

FOLLOW FACEBOOK OFFICIAL :-
 ija juhari
wanita lebih sempurna


1 comment:

  1. bw n do follow blog nih

    tahniah kerana menjadi ibu yang 'ada' untuk anak2, duit boleh dicari tapi anak? ok la tu, ada rezeki jika kita berbakti kepada amanah-Nya..

    ReplyDelete

SuperHero Mummy © . Designed by MaisarahSidi.com